Info Pejabat
013-3033868
No 62-1, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, 43000, Kajang, Selangor
Isn - Jum 8.00 - 17.00 Ahad TUTUP
-
- Please authorize with your Instagram account here
013-3033868
No 62-1, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, 43000, Kajang, Selangor
Isn - Jum 8.00 - 17.00 Ahad TUTUP
TERMA & SYARAT UMUM
1.1 Semua tempahan tertakluk kepada kekosongan tempat, penerbangan, hotel dan perkhidmatan yang berkaitan.
1.2 Tempahan hanya dianggap sah selepas pelanggan membuat bayaran deposit atau bayaran penuh mengikut syarat yang ditetapkan oleh syarikat.
1.3 Pihak syarikat berhak menolak mana-mana tempahan tanpa perlu memberikan sebarang alasan.
Harga pakej yang dipaparkan adalah berdasarkan kos semasa dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Sebarang pelarasan harga boleh berlaku disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
Pihak syarikat berhak untuk menyemak dan melaraskan harga pakej sekiranya berlaku mana-mana faktor di atas. Sebarang kenaikan kos yang berkaitan hendaklah ditanggung oleh pelanggan mengikut kadar yang ditetapkan.
KAEDAH TEMPAHAN DAN BOOKING
💰 Untuk tempahan, deposit sebanyak RM1,000.00 seorang diperlukan.
💰 Pembayaran deposit adalah dikira peserta telah faham dengan terma dan syarat yang ditetapkan.
💰 Peserta juga dikira bersetuju dengan pakej yang dibeli dan sedar ketika membuat pembayaran deposit tanpa paksaan mana-mana pihak.
⏳ Baki pembayaran (balance) hendaklah dijelaskan 60 hari sebelum tarikh berlepas bagi pakej umrah dan 45 hari bagi pakej pelancongan.
2. Harga Sebut Harga
2.1. Kekuatan Harga: Harga yang dinyatakan dalam sebut harga (jika ada) ini adalah berdasarkan kadar pertukaran mata wang asing, harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang, dan kos perkhidmatan pihak ketiga yang berkuat kuasa pada tarikh sebut harga ini dikeluarkan.
2.2 Perubahan Harga: Syarikat berhak untuk menyemak dan mengubah harga sekiranya berlaku kenaikan mendadak dalam kos operasi ground seperti kenaikan harga minyak, cukai kerajaan, atau pertukaran mata wang asing sebelum tempahan disahkan dan pembayaran penuh diterima.
3. Pengesahan Tempahan dan Pembayaran
3.1. Deposit: Untuk mengesahkan tempahan, bayaran deposit sebanyak RM1000/pax hendaklah diterima oleh Syarikat sebelum tarikh luput sebut harga.
3.2. Baki Bayaran: Mestilah dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh berlepas. Kegagalan membuat pembayaran penuh atau menyediakan dokumen dalam tempoh yang ditetapkan boleh mengakibatkan pembatalan tempahan secara automatik dan pelucutan deposit dan sebahagian bayaran lain. (Rujuk Klausa 3).
3.3. Kaedah Pembayaran: Semua pembayaran mestilah dibuat ke akaun rasmi syarikat dan resit pembayaran mesti dihantar kepada Syarikat sebagai bukti.
• Please make payment into Bank Account No:
KEMBARA MUKMIN TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
564061432724 (Maybank)
0505 8010 0440 00 (Bank Islam)
4. Pembatalan dan Bayaran Balik
| Tempoh Pembatalan (Sebelum Tarikh Berlepas) | Caj Pembatalan (Ditolak daripada jumlah bayaran) |
| 30 hari atau lebih | Admin Fees RM300 |
| 15 – 29 hari | 50% daripada harga pakej |
| 7 – 14 hari | 75% daripada harga pakej |
| Kurang daripada 7 hari | 100% daripada harga pakej |
| “Tidak Hadir” (No Show) | 100% daripada harga pakej |
4.1 Pembatalan oleh Syarikat : Syarikat berhak untuk membatalkan lawatan atas sebab yang tidak dijangka contoh : tidak mencapai bilangan minimum peserta 25pax, bencana alam, sekatan perjalanan kerajaan, keselamatan dsb. Adapun jika peserta disekat ke luar negara diatas kapasiti peribadi pihak syarikat tidak bertanggungjawab diatas kegagalan terbang pada pakej yang dibeli dan tiada pemulangan wang untuk kes ini.
Sekiranya berlaku pembatalan oleh Syarikat, pelanggan akan diberikan pilihan:
*Menerima pakej alternatif, pakej sama pada tarikh berlainan
*Menerima bayaran balik tertakluk kepada apa yang telah diproses ketika itu
Sekiranya pembatalan disebabkan tidak capai target anggota pelancongan maka pilihan tambahan adalah:
*Pakej tetap diteruskan dengan bayaran tambahan sejumlah yang dinyatakan.
4.2 Pembatalan oleh pelanggan : Permohonan ini mesti dibuat secara bertulis (emel atau surat rasmi) untuk mengelakkan salah faham.
Emailkan kepada : kembaramukmintravel@gmail.com dan kembaramukminceo@gmail.com berserta resit dan slip pembayaran. dan sertakan dokumen sokongan.
4.3 Setiap pembatalan akan diproses dari tarikh email diterima diantara 1 – 3 bulan waktu berkerja.
4.4 Caj pembatalan akan dikenakan sebanyak RM300 untuk semua jenis pembatalan (admin fees) dan pelanggan juga masih terikat dengan akta pembetalan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan.
4.5 Sebarang pembatalan tertakluk kepada caj pembatalan yang dikenakan oleh syarikat penerbangan, hotel, pembekal perkhidmatan dan pihak berkaitan.
4.6 Tiada bayaran balik akan diberikan bagi perkhidmatan yang tidak digunakan setelah perjalanan bermula.
*Nota : Kegagalan menyediakan dokumen lengkap akan menyebabkan proses bayaran balik akan menjadi lebih lambat.
5. Polisi Penerbangan
Pihak syarikat penerbangan berhak mengubah jadual, waktu, nombor penerbangan, laluan, transit, jenis pesawat atau tarikh penerbangan pada bila-bila masa atas faktor operasi. Sebarang perubahan tersebut adalah di luar kawalan Kembara Mukmin Travel & Tours Sdn. Bhd. dan peserta hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap sebarang pindaan yang dibuat.
Peserta hendaklah hadir di lokasi dan pada waktu yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Kegagalan hadir atau lewat sehingga menyebabkan penerbangan terlepas adalah di bawah tanggungjawab peserta sepenuhnya. Sebarang kos tambahan yang timbul termasuk pembelian tiket baharu, penginapan atau caj lain hendaklah ditanggung oleh peserta.
Sebarang perubahan kelas tempat duduk (upgrade atau downgrade) yang dilakukan oleh syarikat penerbangan atas faktor operasi seperti overbooking, pertukaran pesawat atau sebab-sebab lain adalah di luar kawalan Kembara Mukmin Travel & Tours Sdn. Bhd. Sebarang pampasan atau penyelesaian adalah tertakluk kepada polisi dan budi bicara syarikat penerbangan.
Permintaan tempat duduk tertentu adalah tertakluk kepada ketersediaan dan kelulusan syarikat penerbangan. Pihak syarikat tidak menjamin peserta akan menerima tempat duduk pilihan atau duduk bersebelahan, walaupun permintaan telah dibuat.
Sekiranya penerbangan dibatalkan, ditangguhkan atau mengalami kelewatan atas sebab cuaca, faktor keselamatan, arahan pihak berkuasa atau sebab operasi syarikat penerbangan, sebarang pengaturan semula perjalanan adalah tertakluk kepada polisi syarikat penerbangan. Pihak syarikat akan memberikan bantuan sewajarnya namun tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian tidak langsung yang dialami peserta.
Elaun bagasi kabin dan bagasi daftar masuk adalah tertakluk kepada polisi syarikat penerbangan yang digunakan. Sebarang lebihan bagasi atau caj tambahan hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
Peserta bertanggungjawab memastikan pasport, visa, permit, sijil vaksinasi (jika diperlukan) dan dokumen perjalanan lain adalah sah serta memenuhi syarat kemasukan negara destinasi. Sebarang kegagalan memasuki negara destinasi akibat dokumen yang tidak lengkap atau tidak sah adalah tanggungjawab peserta.
Sekiranya peserta ditolak untuk menaiki pesawat atau ditolak kemasukan ke negara destinasi oleh syarikat penerbangan atau pihak berkuasa imigresen atas apa jua sebab, pihak Kembara Mukmin Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kerugian atau kos yang timbul.
Sekiranya berlaku gangguan operasi seperti cuaca buruk, bencana alam, wabak penyakit, peperangan, mogok, sekatan ruang udara atau keadaan force majeure yang menjejaskan penerbangan, pihak syarikat berhak membuat pindaan terhadap jadual perjalanan demi keselamatan dan kelancaran perjalanan peserta.
Perkhidmatan penerbangan adalah tertakluk kepada syarat-syarat pengangkutan (Conditions of Carriage) yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan. Kembara Mukmin Travel & Tours Sdn. Bhd. bertindak sebagai ejen pelancongan dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang keputusan, tindakan atau kegagalan perkhidmatan yang berada di bawah bidang kuasa syarikat penerbangan.
6. Dokumen Perjalanan
6.1 Pelanggan bertanggungjawab memastikan pasport mempunyai tempoh sah laku sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh perjalanan.
6.2 Sebarang kerugian akibat kegagalan menyediakan dokumen yang sah adalah tanggungjawab pelanggan sepenuhnya.
6.3 Peserta harus memastikan dia adalah bebas sekatan dari mana-mana agensi kerajaan.
7. Perlindungan
7.1 Pelanggan digalakkan untuk mengambil Insurans Perjalanan Komprehensif tambahan bagi melindungi diri daripada kerugian yang tidak dijangka, termasuk pembatalan perjalanan, kelewatan penerbangan, kehilangan bagasi, dan kos perubatan. Adapun pihak syarikat pula menyediakan pakej berkelompok yang basic untuk semua peserta mengikut pakej pilihan.
7.2 Perlindungan insurans yang disediakan di bawah sebahagian pakej adalah perlindungan asas (basic travel insurance) dan tertakluk kepada terma, syarat, had perlindungan serta pengecualian yang ditetapkan oleh pihak syarikat insurans. Perlindungan ini hanya terpakai kepada peserta yang berumur di bawah 65 tahun, melainkan dinyatakan sebaliknya.
7.3 Pelanggan adalah bertanggungjawab untuk menyemak sendiri skop perlindungan insurans yang disediakan, khususnya bagi mereka yang mempunyai penyakit sedia ada (pre-existing medical conditions), sejarah perubatan tertentu atau keadaan kesihatan yang mungkin tidak dilindungi sepenuhnya oleh polisi insurans asas tersebut.
7.4 Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, risiko kewangan atau tuntutan yang tidak diluluskan semasa perjalanan, pelanggan amat digalakkan untuk mendapatkan perlindungan insurans tambahan yang bersesuaian dengan umur, tahap kesihatan dan keperluan peribadi masing-masing. Sebarang kos rawatan, kemasukan ke hospital, pemindahan perubatan, pembatalan perjalanan atau tuntutan lain yang tidak dilindungi oleh polisi insurans asas adalah di bawah tanggungjawab pelanggan sepenuhnya.
7.5 Pihak syarikat tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, tuntutan atau kos yang timbul akibat ketidakcukupan perlindungan insurans yang dipilih oleh pelanggan. Walau bagaimana pun pihak kami akan usaha memberi bantuan dan khidmat nasihat yang terbaik mengikut keadaan semasa
8.1 Pelanggan bertanggungjawab memastikan diri berada dalam keadaan sihat dan sesuai untuk menyertai perjalanan.
8.2 Pihak syarikat berhak menolak penyertaan mana-mana peserta yang didapati tidak sesuai dari segi kesihatan atau keselamatan.
8.3 Sebarang kos rawatan, kemasukan hospital atau kecemasan perubatan adalah tanggungjawab pelanggan kecuali dilindungi oleh polisi insurans yang berkenaan.
9.1 Pelanggan hendaklah mematuhi undang-undang, peraturan dan adat resam negara yang dilawati.
9.2 Pelanggan hendaklah mematuhi arahan ketua rombongan, mutawwif, pemandu pelancong atau wakil syarikat sepanjang perjalanan.
9.3 Sebarang tindakan pelanggan yang menyebabkan kerugian kepada syarikat atau pihak ketiga boleh menyebabkan pelanggan dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
10.1 Pihak syarikat bertindak sebagai ejen bagi penyedia perkhidmatan seperti syarikat penerbangan, hotel, pengangkutan dan pembekal lain.
10.2 Pihak syarikat tidak bertanggungjawab terhadap kecederaan, kematian, kehilangan, kerosakan harta benda, kelewatan, pembatalan atau sebarang kejadian yang berpunca daripada tindakan pihak ketiga atau keadaan di luar kawalan syarikat.
10.3 Tanggungjawab syarikat adalah terhad kepada nilai pakej yang dibayar oleh pelanggan.
11.1 Pihak syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kegagalan melaksanakan kewajipannya akibat kejadian luar kawalan termasuk tetapi tidak terhad kepada:
12.1 Pihak syarikat berhak menggunakan gambar, video atau rakaman yang diambil sepanjang perjalanan bagi tujuan promosi, pemasaran dan dokumentasi syarikat.
12.2 Pelanggan yang tidak bersetuju hendaklah memaklumkan kepada pihak syarikat secara bertulis sebelum perjalanan bermula.
13.1 Pakej Jejak Rasul Al-Aqsa tertakluk kepada kelulusan visa oleh pihak Israel. kebiasaan visa akan dimaklum 1-2 hari sebelum masuk ke Jerusalem, Palestin.
13.2 Tiada refund jika visa peserta ditolak atas semua faktor, namun begitu pihak kami akan menguruskan penginapan dan lawatan khas di Amman sementara peserta yang mendapat visa masuk ke Aqsa. dan tiada refund dalam kes ini
13.3 Permohonan visa adalah melalui pengisian form yang akan diberikan oleh pihak kami dalam tempoh selewatnya 45 hari sebelum penerbangan. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap maklumat yangdiberikan dan agensi tidak bertanggungjawab sekiranya maklumat yang diberikan oleh peserta salah, tidak tepat atau tidak lengkap.
Dengan membuat pembayaran deposit, anda dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan di atas.
PENEMPATAN BILIK BERLIMA
Pihak Kembara Mukmin Travel berhak membuat penyusunan bilik berdasarkan keperluan operasi bagi memastikan kelancaran perjalanan semua peserta.
Peserta boleh ditempatkan di bilik berlima sekiranya berlaku keadaan berikut:

SSM 1199735-D | MOTAC L/N 8516
Kembara Mukmin membawa anda ke destinasi indah di seluruh dunia. Sertai kami dalam perjalanan ke Palestina, Balkan, Turkey, Europe, Umrah, Mesir, dan banyak lagi.

Terdapat pertanyaan? Kami akan membalas mesej anda secepat mungkin.